BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 25 Oktober 2009

MAKAN-MAKAN

Hari nie, dapur tak berasap. Abang bw gi kenduri kat Masjid Wilayah. Zaki ngan Mira ikut sekali. Naik keta diorang. Sampai dah kul 3.30 pun..
Malam gi Masjid Muaz plak..ada jamuan. siap ada bunga api lagi tuu. solat Isya kat sana. Banyak jugak makanan, banyak jugak aku makan. abang duk ulang amik air indocafe.. Abang Nasir ngan famili pun dtg gak. pastu diorang ajak gi umah diorang kat cemperling, ada laksa. makan lagi..tapi bawak balik la..perut dah penuh.. sampai rumah, masuk peti ais..
Jamuan raya lagi..kat pondok kawalan Taman Selaseh..Ropi yang ajak siang tadi, surat jemputan pun ada kat pagar. tapi dah tak larat dah nak gi.
balik tadi pun aku yang drive..abang dah mengantuk. sampai je umah, wani msj, telekung tertinggal kat umah die da...
Esok pun ada lagi..Kat MAB, Brickfield. Zaki ajak..nak gi ke x ek.. tgk la esok camne..makan lagi...

Jumaat, 23 Oktober 2009

BESTNYA HARI NI

Hari ni, sek buat Hari Penyampaian Sijil atau dikenali sebagai Everybody`s Day. Tugas aku ajk latar pentas dgn En. Ruzailan. Keje dah siap awal. Jadi hari ni aku menyibukkan diri di bilik masakan. Ala, cam tak biasa plak masuk dapur, tolong potong nasi himpit, lemang.. ape lagi ek..ha, jaga kuah kari ayam (ala utk roti jala) yang dipanaskan..pastu tolong hidang.. eh eh byk juga keje penyibuk ni ek.. Apepun, puas ati la, duk kat bilik masakan tu walaupun berpeluh...hehe. Ketua untuk jamuan, Kak zuhana.,bos yang bagus.
Ada soto, Kak Saadiah yang buat, boleh belajar ngan dia nie, Kak Jamilah siap salin resepi lg. Tapi kyg la..xmakan pun tadi, sempat tapau bawak balik plak tu.. terliur je nak makan, tapi nak tunggu abang balik, leh makan sekali. ptg2 nie dapat rehat..lending2 sambil online internet. Hmm best jugak ek sek sesi pg..

Selasa, 13 Oktober 2009

KURSUS KEJURULATIHAN DAN KEPEGAWAIAN CATUR

Wah..bunyi cam menarik je.. tapi mmg menarik pun.. best la dapat bercuti time sekolah tak cuti. kat Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Hotel ok, bilik ok, makanan sedap.. roomate pun ok. Kak Wee. rupanya dia tu tauke baju..hehe, promote kak Wee la plak. pasni bleh la gi shopping baju kat umah dia.
Kursus 4 hari 3 malam. best jugak, enjoy gitu.. dalam jadual padat gak. tapi pg nie la best, 1st time main catur, dgn tunjuk ajar cikgu-cikgu yang dah pro..

Selasa, 6 Oktober 2009

LDP KE-6

hari ini aku belajar cara nak edit web untuk pengakap muda untuk website sekolah. kak hani yang jadi pengajar. banyak info yang aku dapat. ini menambahkan minat aku lagi untuk terus belajar membina blog.

Sabtu, 3 Oktober 2009

ANN DAN AZMI




SAJA NAK TEST...


PERTAMA KALI

Inilah blog pertama yang aku cipta, setelah sekian lama membaca blog kawan-kawan. Dengan semangat ingin tahu, akhirnya aku berjaya juga membina blog sendiri.